Categories
Bitcoin Research & Development

Untuk Peminat Bitcoin Dan Cryptocurrency

Boleh saja cedok dan guna hasil R&D ini dan adjust mana-mana part yang patut untuk KEGUNAAN anda bagi melancarkan lagi potfolio pelaburan terutamanya yang melibatkan bitcoin dan Cryptocurrency(altcoin) sahaja.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Boleh saja cedok dan guna hasil R&D ini dan adjust mana-mana part yang patut untuk KEGUNAAN anda bagi melancarkan lagi potfolio pelaburan terutamanya yang melibatkan bitcoin dan Cryptocurrency(altcoin) sahaja. Semua ini pengalaman yang real dan dijalankan sendiri oleh pihak admin untuk kegunaan sendiri dan juga sebagai bahan R&D berkonsepkan opensource ( boleh guna, adjust dan segala bagai TETAPI untuk mengistiharkan bahan ini sebagai hakcipta tersendiri sila pergi bunuh diri ).

Proses setup mesin

Tak cerita dari bab mula naa, admin anggap yang baca kisah ini dah tau bab bitcoin dan dah tau bab basic bitcoin beserta dengan altcoin nya sekali. Cumanya, karangan ini untuk yang nak tau bagaimana nak TAMBAH dan nak BAGI BERANAK-PINAK sahaja untuk dua benda tadi. Bila Bitcoin dan Altcoin ni beranak pinak baru laaa boleh jadi jutawan dan hartawan lagi dermawan ( duit banyak apa nak dikesahkan ) mungkin tak ketahuwan pun boleh jadi……heeee….heeeee. Untuk projek ini, admin hanya guna modal berbayar untuk trading berjumlah 0.0134 ( RM70 / ikut harga semasa)ambil dari stok bitcoin sahaja.  Mula-mula sekali, admin kena setup komputer lama yang tersadai agak lama dan bagi nafas baru dekat dia dulu. Spec hardware nya Intel dual core 1.8ghz, memory 1gb, hd 41gb dan install masuk engine OS bernadi linux 16.04 LTS ( untuk kegunaan server). Haaaa…haaaaa, memang betul-betul menguji kesabaran laaaa mesin tua ni. 2 hari baru dapat  pasang masuk OS dan admin tak tau apa puncanya sampai begitu keras kepala tak mau terima masuk OS baru. Mungkin motherboard nya ada masalah ( macam ni la kalau buat bisnes bajet dan modal ciput. Terpaksa lah guna mana-mana sumber yang ada kan ). Memandangkan susah sangat nak install OS, admin pasang masuk GUI desktop untuk admin guna nanti yang bertemakan Lubuntu bagi dekat dia tetapi yang dipasang masuk adalah UbuntuMATE pulak dahhhhhh. Emmmm memang lubuntu betul-betul laaaaa…..heeee…heee. Lubuntu ni adik-beradik yang keberapa ntah dari keturunan keluarga Ubuntu. Hasilnyaaaaaa!, alhamdulillah karangan ini salah satu darinya.

lubuntu

Proses pasang mining pool

Lepas tu admin download dan install MinerGate V 6.6 pulak sebagai mining software. Dalam tu adaaaaa laaaaa, beberapa altcoin yang menarik dan yang boleh dilombong menggunakan software ini.  Antaranya Monero, AEON, Zcash ( zcash kena layan GPU ) dan banyak lagi. Yang admin ambil port adalah Monero dan yang lain-lain tu macam tak berapa nak berkenan tetapi kalau nak buat investment jangkamasa panjang okay kot. MinerGate ni dia support CPU/GPU mining ( untuk yang ada bajet lumayan depa layan ASIC laa ). Dah try test untuk jalan 2 hari, nindia hasilnya anda boleh tengok dekat bawah( monero ni lambat sikit confirm nya dan mungkin tak cukup kouta kot ). Gunanya benda ini adalah untuk admin himpun altcoin Monero kemudian nanti akan dihantar ke exchange yang terkait untuk ditukarkan ke Bitcoin ( 1XMR / BITCOIN 0.0172461084 dan sila ikut harga semasa ). Itu projeknya yang admin akan buat nanti dan berapa lama pulak boleh dapat banyak tu?, kena tengok mesin dan istoqomahnya MinerGate ini buat kerja untuk projek ini dan internet mau cantik kalau nak dapat hasil yang sempoi. Mesin admin buat masa ini boleh pecut setakat 6-5H/s sahaja paling kuat ( jadi laaa…..lama-lama jadi bukit). Untuk tukar ke bitcoin boleh saja guna decentralized exchange iaitu bitsquare  atau mana-mana exchange yang ada. Hasil dari MinerGate ini juga adalah merupakan salah satu dari sumbangan yang datangnya dari mesin tua bernadi OS linux Lubuntu. Emmmmmmm, jangan pandang sebelah mata….Layannnnnsssssss.

MInerGate

Proses join exchange yang sesuai

Seterusnya…………………………….. admin join pulak exchange C-CEX. Yang ini sebenarnya tempat untuk trade Altcoin dan nantinya di dalam platfom ini admin akan dan boleh juga guna semua fund dari bitcoin yang dah di transfers masuk ke dalam akaun untuk trade segala macam jenis altcoin yang tersenarai ( altcoin banyak jenis dekat sini ) dan yang difikirkan ada potensi untuk menambah nilai bitcoin yang sedia ada. Setelah admin pilih dan pilih dan buat kajian serba sedikit, makanya dapatlah hanya 9 jenis Altcoin sahaja yang admin suka iaitu ETH, TOR, DOGE, EB3, ADCN, GRC, LTC, TCOIN dan XHI ( ini untuk operasi jual…..beli…jual…beli….jual…beli…jual sampai mereput ). Dekat sini admin tak berhajat untuk beli dan simpan lama-lama, sistem operasinya adalah beli untuk dapat untung dalam tempoh jangka masa pendek sahaja. Iaitu beli dan jika dah dapat untung, tak kira banyak mana asalkan ada untung setelah di TOLAK fee 2%, admin akan jual. C-cex ni agak kuat angin kentot busuknya, jadi kalau nak trade dekat sini kena trade dengan keadaan berhati-hati. Kelebihan C-CEX ni adalah tidak perlu verified yang bukan-bukan dan boleh dikatakan agak userfreindly untuk pengguna baru. Cumanya, bab keselamatan fund di dalam tu saja kena jaga-jaga.

C-Cex

Proses untuk memulakan urusniaga

Untuk transfer bitcoin ke C-CEX, seboleh-bolehnya fee untuk mining kena adjust bagi cantik sikit. Untuk kes ini admin guna wallet electrum  dan kos transfer ke C-CEX 0.0031 Bitcoin. Tak sampai 10 minit, dah terima 2 confirmation yang diperlukan. C-CEX perlu 2 confirmation sahaja. Kiranya, selepas dapat yang tu admin pun terus laaa cari mana-mana Altcoin yang menarik untuk dibeli ( konon-kononya nak trade laju-laju ). Hari pertama tiada sebarang transaksi yang berjaya dibuat kerana hati masih terpengaruh dengan kaedah trading forex dan FCPO ( konsep perfect timing…puuiihh, auta saja tuuuu. Last sekali kena baham sampai habis juga ). Untuk trading Altcoin, ianya tidak perlu sampai ke tahap yang semacam itu kerana margin call konsep tidak diamalkan untuk trading kali ini dan yang mungkin akan berlaku ( jarang-jarang berlaku ) dan yang terkait dengan risiko besar sikit dari yang biasa adalah C-CEX cuba untuk menutupkan diri dari beroperasi dengan memberi pelbagai helah untuk cabut lari. Selain dari itu fenomena biasa yang akan dan pasti akan berlaku adalah susut nilai ( disebabkan turun naiknya harga Altcoin ). Bila berlaku perkara sebegini, sila rujuk balik syarat-syarat pemilihan Altcoin ketika mula-mula pilih sebelum bertindak untuk membeli ( penting ). Jika asas pemilihan Altcoin yang dibeli adalah kuat, abaikan saja kerana harga akan naik semula apabila terlalu lama berada dibawah dan harap maklum.

Proses untuk cabutttt lari. Haaaa….haaaa

Karangan banyak lagi yang dok berebut-rebut nak online…ada yang siap booking dari minggu lepas lagi….kesiannnnnn, tetapi admin dah segan untuk menaip guna keyboard lama yang agak keras ini. Jadinya sampai setakat ini sahaja laaa dan untuk extra info anda cuba-cuba lah paksa diri untuk mencarinya…..sendiri.

Sekian terima kasih dan selamat maujaya.

P/s: Segan nak buat marketing, sila trade bitcoin / Altcoin dan dekat sini pembeli dan penjual sentiasa ada. Marketing ni seronok bila manusia sekeliling ada banyak duit. Marketing berjabu tetapi kuasa beli kurang apa kes…sapa nak beli kan?

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *