Rahsia disebalik tabir kepantasan kemajuan negara Tanah Besar China. Apa yang mereka buat sebenarnya?.
Hari ini peserta Kelab Harta Ismet Ulam Raja akan belajar satu perkara penting lagi extrem tentang usaha yang dikerjakan oleh mereka yang berjaya. Stratergi kali ini dikutip dari kejayaan kemajuan yang digunapakai oleh pemerintah Tanah Besar China.
Disebalik kejayaan mereka ada sosok penting dari pelbagai bidang yang berkerja dibelalakang tabir.. dan mereka-mereka inilah penggeraknya dan mereka-mereka ini semua datangnya dari pelbagai latar belakang kebijakkan, dari pelbagai negara yang mana pemerintah negara mereka buta perut tidak pandai menghargai aset yang mereka ada dan mereka-mereka ini diterima masuk oleh polisi negara Tanah Besar China untuk kemajuan negara China.
Stratergi ini boleh diserap masuk dan digunapakai dalam apa jua bidang untuk tujuan kemajuan sesuatu usaha yang sedang dikerjakan. Yang penting! jangan jadi seperti negara pemilik aset yang membiarkan aset penting mereka diambil oleh negara Tanah Besar China.
Terkini direkodkan ada 10 ribu tenaga pakar luar bekerja untuk kemajuan negara Tanah Besar China. Saya ulang! 10 ribu tenaga pakar… dan saya ulang lagi! 10 ribu tenaga pakar luar.