Assalamualaikum dan salam hormat,
Untuk kegunaan peminat, usahawan yang terlibat secara serius dengan matawang cryptocurrency dan juga pengguna baru.
Admin sudah try wallet ini dan wallet ini sememangnya sangat menarik. Tx fee nya tersangat murah, kadar kelajuan transfer sekitar 5 ke 7 saat ke 15 saat paling lambat dan susah pulak untuk kena hacking. Wallet ini support platfom android, ios dan desktop. Sekupang pun boleh transfer jika berhajat, makanya sesuai sangat-sangat untuk dijadikan sebagai alat untuk terima matawang digital bagi aktiviti jual dan beli yang bersaiz skala kecil….menarik kan?.
Siapa yang patut guna wallet ini?
Pengguna cryptocurrency, usahawan cryptocurrency, peniaga kecil yang berhajat menggunapakai cryptocurrency sebagai alat pertukaran dan lain-lainya juga. Sebagai contohnya, admin telah menggunapakai wallet Digibyte ( DGB ) ini sejak beberapa bulan yang lalu untuk menerima pembayaran dalam bentuk matawang digital bagi setiap tempahan yang diterima melalui sistem kedai online dan juga sebagai alat pertukaran utama bagi menggantikan BTC ( Bitcoin harga tx fee tidak stabil ) di waktu kecemasan jika tx fee BTC melambung tinggi. Untuk ganti BTC, kena tau convert atau cari saja wallet yang support atomic swap.
Sekian terima kasih dan selamat mencuba.
Info ringkas harga Digibyte
Date: [19.06.18 17:03]
DGB Rank: 48
Marketcap: $289,485,853.00
$ 0.0278061 | 0.00000414 BTC
24h: 5.01% | 7d: -12.14 %
Paparan wallet Digibyte ( DGB )